Jumat, 24 Februari 2012

pantun

Nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan; Buang emak buang saudara kerana kekasih hamba turutkan Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang; Dua tiga boleh kucari mana nak sama dikau seorang Tanam selasih di tengah padang sudah bertangkai dihurung semut; Kita kasih orang tak sayang halai-balai tempurung hanyut Anak beruk di kayu rendang turun mandi ke dalam paya; Hodoh buruk di mata orang cantik manis di mata saya Limau purut lebat di pangkal sayang selasih condong di uratnya; Angin ribut dapat ditangkal hati kasih apa ubatnya Nasi lemak buah bidara sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan Sekali pergi menuba sekali ikan merimbat; Sekali adik disapa setahun rindu terubat [edit] Pantun Nasihat Apa guna berkain batik kalau tidak dengan sucinya; Apa guna beristeri cantik kalau tidak dengan budinya Pulau Pandan jauh ke tengah gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah budi baik dikenang jua Siakap senohong gelama ikan duri; Bercakap bohong lama-lama mencuri Pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati Tenang-tenang air di laut sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut tersebut budi baik rasa nak sanjung Tingkap papan kayu bersegi sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi tinggi bangsa kerana bahasa Ada ubi ada batas; Ada budi ada balas [edit] Pantun Sindiran Mengata dulang paku terserepih; Mengata orang kamu yang lebih Sudah gaharu cendana pula; Sudah tahu bertanya pula Puas sudah kutanam padi nenas juga dimakan orang; Puas sudah kutanam budi emas juga dipandang orang Buah langsat kuning mencelah senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi Pinggan tak retak nasi tak dingin; Engkau tak hendak aku tak ingin [edit] Pantun Pelbagai Buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi Kalau roboh Kota Melaka papan di Jawa hamba dirikan; Kalau sungguh bagai dikata badan dan jiwa hamba serahkan Chau Pandan anak Bubunya hendak menyerang kota Melaka; Ada cincin berisi bunga Bunga berladung di air mata Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah jangan disimpan di dalam hati Kalau subang sama subang kalau sanggul sama sanggul; Kalau hilang sama hilang kalau timbul sama timbul [edit] Pantun Berkait Kupu-kupu terbang melintang terbang di laut di hujung karang * Hati di dalam menaruh bimbang dari dahulu sampai sekarang *# Terbang di laut di hujung karang * burung nasur (nasar) terbang ke Bandan *#* Dari dahulu sampai sekarang *# banyak muda sudah kupandang *#*# Burung nasur terbang ke Bandan *#* bulunya lagi jatuh ke Patani *#*#* Banyak muda sudah kupandang *#*# tiada sama mudaku ini *#*#*# Bulunya lagi jatuh ke Patani *#*#* dua puluh anak merpati Tiada sama mudaku ini *#*#*# sungguh pandai memujuk hati

Tidak ada komentar:

Posting Komentar